RSS

MLM...xsume MLM tu haram.

 Bismillah~

Mmg mnjadi satu kewajiban kte sbg sorg Islam utk mngetahui adakah pelan pemasaran atau produk dlm ssuatu company tu btol2 ikot syariat Islam,halal atau haram. Tapi skrg ni org men tibai je msok mcm2 jnis perniagaan yg xpasti latar blakang dy,produk dy n pelan pemasaran dy sah atau x,asalkan bleh jd kaye. So ak pn wt la kjian psal pelan pemasaran Herbalife ni ok ke x ok...sbb ak xnk daging haram dlm bdan ak..Insyallah~


Pengertian MLM
Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Ni ak amek dari Ust.Zaharaddin (UZAR) ny artikel n ak cube kaitkn la dlm sistem Herbalife.

Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : ini boleh compare sendiri dgn produk INTERNATIONAL lain, yang dah 30tahun, and compare the qualities based on berapa testimoni berjaya yang betul2 wujud, bukan edit gambar2. Lain la klw produk xbrkesan n xbrkualiti tp nk jual pd harga yg tinggi...mmg sah2 la haram. 

2) Isu "Ghabnun":

Ulasan dri UZAR:

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.
Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa' membeli  sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.
Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram. 

Kireny..dy tipu harga bntal tu mmg RM300...pdhal dy selit2kn yuran keahlian dlm tu..so,jd la kte sbg ahli pd org yg taja kte tnpa kte sedari....smata2 mamat yg taja tu nk kan keuntungn dy suro la bli...then dpt bntal RM300 yg xde kualiti lngsong. Dlm Herbalife,dy xde selit2...dy trus trang..jd ahli,signup RM98 then dpat beg,buku2,sudu pnyukat,button n 25% discount utk mne2 produk smpai bila2 (signup skali seumur idup). Kalau ada org signup xmbawa keuntungan pada upline,harga rm98, xde volume point, takde untung. Hanya bila member tdi tu nak melakukan sesuatu dgn rela hati (pembelian atau bisnes) barulah dua2 ada untung. bila dia beli untuk consume shj atau untuk bisnes, dua2 upline akan kerja bantu dia direct or indirectly. Bkn da bli produk...pstu tinggal tros org tu..sbb da dpt duit...Herbalife ni ade sistem follow-up...dats mean kne follow-up customer kte tu smpai dy dpt result..klw xpuas ati ngn produk plak..ade 30-day money back guarantee..dgn syarat ikut program pmakanan yg dbuat.

3) "Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak" "menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan."

Keahlian Herbalife tak hilang kalau x capai target vp. Dan upline tak kan dpt komisyen kalau die sendiri xkeje. Cth: ali tu supervisor, kte tak. kte tak kan dpt komisyen dr keje ali, sbb distributor biase (normal distributor) belom bleh dpt ape,juz dpt 25% discount tu je la... dan dalam herbalife, komisyen bukan ambil dari hasil downline, tp syarikat sendiri yang bagi. Hak downline terpelihara.

4) "Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM  seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah,  atau bay'atayn fi bay'ah."
Semua yang kita mintak bayaran jelas. Kita ada barang, dan berkualiti. Bila bayar rm98 memang untuk reg member dan dapat beg herbalife dgn katalog sudu dan button.

Bila signup memang jelas apa faedah dan peraturannya walaupun niat si "member baru join " tu berbeza; hanya nak consume atau nak bisnes.
-Kalau consume dapat discount 25% untuk semua produk.
-Kalau bisnes dpt untung 25% dan MESTI rekrut, sebab sistem Herbalife kalau tak rekrut orang, memang tak jalan bisnes.

 
5) "Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?."

Upline akan sentiasa tlg downline wpun jauh di bawah; directly or indirectly. teknologi dah maju, kita even dpt tgk Geri first line Mark Hughes (Herbalife founder)punye training kat youtube or kt website dy ble da jdi ahli. Semua sentiasa berhubung, jumpa dalam event, kongsi tips dan strategi, dan ilmu kehidupan. Kalau nak jumpe yang seratus atas tu, kena la dtg event.

"6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?"

Ni yg dmksd Herbalife ade HOM (Herbalife Opportunity Meeting)setiap mgu, setiap bulan, setiap tahun, termasuk event2 lain n training2 lain..mksd komisyen dr company Herbalife ke atas kite yg berusaha coach org n share ngan org..
 
 Event Extravaganza dlm Herbalife,kt sni..jmpa la korg ngn org yg pling tinggi pn bole
 

0 comments:

Post a Comment

Erm,aaa,erm,aaa..err..ish,wat la cm uma sendiri k.
 
Copyright 2009 Herbaliiife! All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes