RSS

Tenaga

Bismillah~

Kali ni...kte off topic sket la...saje nk share kt korang pndapat ak..saling tuka2 pndapat ke..owrait. Topik ni ak serah kn pd korang...nk caye ke xnk ke..xkesah..xmnx suo prcaye pn..cume mnx korg berpikir je..indah dunia ni klw kte serba sdikit fham aturan dy..mmg indah..mmg kte xleh nk phm sume 100%...sbb ilmu tu milik NYA...trlalu luas...yg kte tau ni pn seco'it (ciput) je..klw ade lg rendah dri seco'it tu..itu la prkataan pling lyk utk kite..sbg manusia..


Pernah tgk criter AVATAR? org kaler biru tu..mcmne prasaan korg mse tgk tu? prasan x yg org biru ni brsungguh2 nk ksi org bumi ni phm cara idup dorg...cara idop yg cmne?? klw korg phm...mst korg tau...yup,cara idup utk mnghargai alam...sbb dorg prcaye alam ni pemberian sementara..psal keseimbangan alam..sume ade aturan dy...bkn suke2 je nk wat ssuatu..n klw korg prasaan..dlm muvi tu ade stu tuhan je..xbyk..Eywa.

...She says all the energy is only borrowed,and one day you have to give it back. - Jake Sully


TENAGA 

Albert Einstein pernah menyatakan yang setiap objek yang wujud sekeliling kita, tidak kira, tanah, besi, lembu, gigi, dan sebagainya adalah tenaga. Mengapa?
 “Electrons and protons are simply every “thing.”  Everything that exists is made up of just two things: an electron and or a proton. Old teachings implied that neutrons were a basic item but in fact even according to old textbooks neutrons are made up of one electron and one proton so they do not count as the third thing in a trinity of the basic parts that make up all existence.”
E=mc2------ formula yang sangat besar maknanya. Sebagai gambaran jika kita membelah sebiji mempelam, kita akan mendapatkan dua belahan yang lebih kecil. Kemudian belahan tersebut dibelah lagi dan lagi hingga mendapatkan bentuk terkecil. Kalau istilah sainsnya dari belahan benda atau organ, kepada sel, kepada molekul, kepada atom dan terakhir kepada sub atom (kajian sains bernoktah di sini setakat hari ini).  Jadi apakah maksud semua ini?


Ini bermaksud, diri kita, pada bentuk paling asas kejadian kita adalah terbentuk dari TENAGA. Begitu juga yang berada disekeliling anda,seluruh Alam Semesta (Subhanallah). Untuk memudahkan pemahaman, anggap diri anda sebagai “energy transmitter”, yang bermakna anda boleh dipengaruhi oleh TENAGA2 sekeliling anda dan anda juga boleh mempengaruhi TENAGA di sekeliling anda.
Bagaimana?

Cuma ada dua bentuk tenaga yang wujud iaitu, tenaga positif dan negatif.  Jika anda menghasilkan Tenaga Positif berfrekuensi tinggi, tenaga itu akan bergabung dengan tenaga luaran sejenis,iaitu Positif. Jadi anda dikelilingi Tenaga Positif. Begitulah juga sebaliknya bilamana anda menghasilkan tenaga negative,anda akan menarik negative pada anda. 



 (Disini la asas pd Law of Attraction, Feng Shui, n pepatah “what goes around,comes arround’.................Sebab tu ade bezany duduk dkt Bandar (suasana stress,kusut-negative la tu) berbanding ngn kte duk Kampung, byk tenaga positif alam semulajadi). 

Sebagai contoh lagi, jika anda memasuki sebuah masjid, anda akan rasa ketenangan tenaga kerohanian.Kebiasaannya kita akan jumpa kata2 “ Tinggalkan urusan duniawi,hanya urusan mengingati dan menyembah-Nya”. Disitulah kunci pd KEKUSYUKAN. Kenapa? Kerana kita melangkah masuk masjid td dgn SATU niat iaitu utk beribadat kpd-Nya,bermakna anda telah “set”kan diri anda utk menghasilkan tenaga positif, bergabung pula dgn tenaga2 positif jemaah2 lain yg turut memegang SATU niat td. Itulah sebabnya Allah SWT meletakkan kelebihan pada solat jemaah, dan banyak keterangan hadis atau al-quran menerangkan kelebihan solat jemaah. Antara hikmah solat berjemaah, ia dpat meneutralkan kembali cas2 dlm tubuh kita apabila bersentuhan sesame jemaah. Sebab itu kita disuruh merapat2kan saf tiap kali solat berjemaah. 

Seperti yang kita tahu,Islam itu ibarat buku manual atau panduan utk kehidupan kita dibumi ini. Mengajar penganutnya utk melakukan kebaikan dan bkn pd keburukan.Tapi adakah anda benar2 faham maksud panduan itu? Apa yang sbnary cuba “diajarkan”  oleh agama ini?

”Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging (segumpal darah).Sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh anggotanya, Sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh anggotanya, itulah hati.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati itu ibarat pemerintah istana yg memerintah setiap anggota badan, yg mnjadikan setiap tingkah laku pemiliknya baik atau buruk. Namun, pemerintah ini boleh dipengaruhi oleh 2 perkara sperti yang diajar didlam agama ISlam,iaitu antara IMAN atau NAFSU(maaf sekirany sandaran ini slah). Sekiranya hati itu dkuasai iman,maka baik lah tingkah lakuny, sekirany hati itu dkuasai nafsu,maka buruklah tingkah lakuny. Mengapa sedemikian?

Kita percaya bahawa setiap amalan baik oleh setiap hamba yang soleh akan diangkat oleh Allah untuk dihisab sebagai pahala. Manakala setiap amalan buruk yang mendatangkan dosa pula akan terawang-awang di langit menunggu waktu kita bertaubat sebelum mati dan mendatangkan kemurkaan Allah (dosa akan terhapus apabila bertaubat nasuha, insya-Allah dengan kehendak Allah), dan jika tidak sempat bertaubat, amalan buruk itu akan diangkat menjadi dosa yang menunggu azab. Mohon maaf jika sandaran ini slah.
Setiap amal ibadah memerlukan tenaga untuk disempurnakan, solat perlukan tenaga, puasa perlukan tenaga, zikir perlukan tenaga. Hasil memanfaatkan tenaga yang diberikan oleh Allah untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya akan dibalas menjadi pahala. Ringkasnya, guna tenaga ke jalan Allah akan mendatangkan pahala (dengan izin Allah). Pahala hasil dari tenaga yang digunakan itu akan diangkat ke langit sebagai amalan soleh. 

Setiap perbuatan mungkar (mengabaikan perintah Allah) juga memerlukan tenaga, berzina perlukan tenaga, membunuh juga perlukan tenaga, minum arak juga perlukan tenaga, menyembah syaitan juga perlukan tenaga, memaki hamun juga perlukan tenaga. Penggunaan tenaga di jalan salah akan bertukar menjadi dosa. Dosa hasil dari penggunaan tenaga di jalan salah akan terawang-awang di langit dan mengundang kemurkaan Allah. Juga mohon maaf jika sandaran ini salah.

  •   Pahala (hasil tenaga positif)
  •   Dosa (hasil tenaga negative)

Begitulah apabila hati dkuasai iman,maka anggota badan kita terpengaruh utk membuat kebaikan(menjana tenaga positive) yg mendatangkn pahala(hasil tenaga positif). Begitu sebalikny apabila hati dkuasai nafsu,maka anggota bdan kita terpengaruh melakukan keburukan(menjana tenaga negative) yg mndatangkan balasan dosa (hasil tenaga negative).

Kesimpulannya,Islam mengajar penganutnya cara2 penghasilan dan pengunaan tenaga dengan betul dengan melaku kebaikan (ibadah,zikir,solat dan sebagainya untk memntapkn iman) untuk kesempurnaan hidup dunia dan akhirat. Dan mengelakkan diri dari dkuasai nfasu yg akhirny mmbawa kpd melakukan keburukan .  Namun, apakh bukti Islam mengajar penganutny  untuk menangani nafsu? Dan bukan mengikut kehendak nafsu? Atau lbih mudah utk dfahami, bgaimana islam mengajar untk menjana tenaga positif?

 Bersambung.....

0 comments:

Post a Comment

Erm,aaa,erm,aaa..err..ish,wat la cm uma sendiri k.
 
Copyright 2009 Herbaliiife! All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes